this is me

Wednesday 23 February 2011

~pisau kesibukan~

bunuhlah setiap waktu kosong dengan 
"pisau kesibukan"

Dia memberikan kita aqal
tujuannya untuk sentiasa berfikir
belajar memahami dunia mencari ilmu dari setiap ruang kehidupan
mengkaji, menilai, mentelaah, memahami dan mengamalkannya setiap ilmu 
yang terdapat dalam dunia hari ini dan itulah tujuaannya aqal diberikan kepada kita bergelar manusia. 

namun, 
sekiranya aqal yang diberikan hanyalah disimpan, diperap dan tidak digunakan 
adalah manusia yang rugi! 
saat paling berbahaya bagi aqal apabila pemiliknya hanya membiarkan dan menganggur dan tidak berbuat apa-apa. 

dunia akan menjadi gelap, hitam, sunyi dan hidup terasa seperti tiada arah tujuan
itulah dia antara ciri mereka yang rugi
rugi mencari kebahgiaan buat dirinya sendiri 
rugi menilai keistimewaan indahnya alam ciptaanNya hari ni.
bersiaplah diri sekiranya suatu hari jika diri ini
bersedih, gundah dan cemas!

fikiran yang kosong itulah yang akan menyebabkan diri 
untuk mengingati kegelapan masa lalu, 
menyesali kesialan masa kini,
sehingga menyebabkan diri sendiri akan berasa takut untuk menghadapi masa depan.

bangkitlah sahabat!!!
bangun dan dekatkan diri dengan Tuhanmu,
bunuhlah setiap waktu kosongmu itu dengan setiap pisau kesibukan yang ada! 
carilah dunia yang membahagiakan dirimu,
sesungguhnya dunia ini hanyalah alam sementara
carilah ilmu, pelajarilah ilmu,
dan bertawakallah kepada penciptaMu
INSYAALLAH ;) 

No comments:

Post a Comment